Assalamualaikum semua..

Aku buat blog ni nak isi masa terluang aku masa pkp. Ngok² langsung tak update . Tup² dah keja. Hoho.

Hm berbalik pada tajuk di atas ni . Aku nak cerita sikit la pasal crush aku time sekolah & zaman U aku. Crush aku banyak..hahaha..untuk entry ni aku nak cerita crush yang paling aku giler sangat²... Hm... bagi aku entry ni kureng menarik sebab aku terlalu introvert. Eh yeke introvert. Sebab² aku jadi 'introvert' nanti aku cerita kat entry seterusnya. (Pss/: maybe anda akan rasa nak termuntah bila meneruskan bacaan entry ni, kalu tak sanggup sila hentikan 😆)



Time sekolah rendah menarik la jugak sebab aku ramai kawan. Kalau tak mai kawan ni still ada kawan lain yang sudi menemani hari. Boleh dikatakan bahagia la. Time ni memang aku happy go lucky, tak pendiam. Start darjah 5 aku crush sorang mamat ni. Aku crush kat dia ni lama jugak la sampai form 4..sebab pa sampai situ ja ..sebab dia pindah sekolah lain.. 🌝

Aku tak tahu la macam mana aku leh crush kat dia ..hahaha..nak kata ada rupa tu..hmm boleh la..mungkin tempat duduk dia just belakang aku kot. Dok melawak pa ngan dia.

Pas tu lepas dah rombak tempat duduk aku jadi akward nak cakap ngan dia. Mata pun malu nak tentang ngan dia. Aceh..nyampah pulak aku time tu  .  Seksa menahan perasaan suka tu sampai aku rasa macam nak sesak nafas bila aku face to face or eye contact ngan dia. Bila aku eye contact ke cakap ngan dia ka mesti tengok sat pastu alih mata kot lain. And lagi satu aku mesti act macam orang bodoh.. Bila dia absent aku rasa lega sangat sebab aku bebas nak me lilau² kan mata aku & tak daknya sesak nafas..hahaah.. adeh..ntahlah bila ngimbau balik time tu rasa cam nak sepak² ja aku yang dulu. Sebab aku tak tahu nak sembunyi kan rasa tu . Walaupun aku tak cakap 'aku suka dia' tapi aku rasa dia tau dan membiarkan aku sebegitu sekian lama..haha. kadang² aku rasa dia suka tengok aku seksa cam tu. Rasa cam benda tu lawak . Tapi pelik gak aku ni, orang wat tak hairan ngan aku pun aku duk tergedik² gi. Macam terlebih SS syok sendiri.

Zaman U pulak, time 1st year degree..baru sebulan dua masuk U gitu..aku terkena lagi. Aku 1st intake & dia 2nd intake. Aku terkena sebab rupa dia cam alim² kambing gitu. Rupa² nya memang ex sekolah agama ..haha..sebab apa leh kata ketara aku punya crush ni ye? Ia ketara time aku 1st time nak present time 1st year tu..time aku present dia berdiri maybe nak pi toilet kot..start aku nampak dia berdiri terus aku lupa text present yang aku hafal tu..dan aku terus kelu, gemuruh, ketaq. Last² tak cakap. 😅 ..parah tak parah. Abis present terus keciwa menangis sebab malu, rasa tak mau pi kelas seminggu. Aku berhenti crush kat dia sebab aku dapat tau dari kawan dia bahawa dia dah ada orang dari satu diploma dia dulu.. haaha..pas aku dengar khabar itu aku koyak menangis semua ada..dan serik untuk crush lagi.

Sebenarnya yang tau pasal crush aku ni in full version hanya mak aku sorang ja..ntah la aku bukan tak percaya kat best friend aku..aku percaya ja..cuma itulah aku tak suka pabila depa tau aku crush siapa mesti depa heboh, lawak kenen² kan orang, kalau tak pun wat bahasa isyarat mata time crush aku ada. Aku gak suka itu. Time U pun hanya sorang ja yang tau crush aku tu pun aku tak cerita in full version.

Moral of the entry..crush kepada manusia hanya dapat penat ja..Sebab itu dalam Islam jaga mata, lidah & hati untuk mengelakkan kita terkenanya zina mata, hati dan lebih ekstrimnya zina fizikal. Akhirulkalam, lebih baik crush dekat Nabi Muhammad S.A.W kerana dah terbukti dia sangat sayang dekat kita. Buktinya syafaat di akhirat kelak..😇

Ok bye..