Sekian lama menyepi.

Meniti hari². Pengalaman berbalam pengalaman. Emosi berkecamuk. Fitnah menguasai. Talam Dua muka is nothing. Munafik. Ego tinggi. 

Mental diremehkan. Kepercayaan semakin ranap. Sabar is limited. Islam sebenar² nya dipandang pelik & asing. Wayang di mana². Dosa is nothing. Normalisasi dosa. Bajet suci. Trauma. Tekanan. Negative & overthinking. Konspirasi kekal konspirasi.

Apa tujuan hidup? 

Fungsi manusia cuma menikmati hidup? Pernahkah terfikir sebab apa Allah cipta manusia? Sebab untuk jadi khalifah. Adakah kita ni betul² khalifah yang dimaksudkan? 

Manusia memang tak lepas dari dosa. Tapi sejauh manakah upaya kita untuk elak daripada buat dosa yang sama? Maintain dari dulu sampai sekarang. Alah, semua orang buat dosa tapi dengan iman sebesar zarah nanti masuk syurga jugak. Tapi kita sanggup kah nak masuk neraka beribu² tahun dulu baru syurga. 


Syurga itu mahal. Ada diuji dengan kejahilan. Ada diuji dengan takbur, ujub  berasa dia masuk syurga dah. Ya Allah, maafkan hamba mu ni. Aku tak mampu nak dakwah. Dakwah family & kawan² aku. Aku pentingkan diri. Aku munafik. Aku tak mampu tegur & ajak buat benda baik. Aku selalu suudzon. Maafkan aku kawan, maafkan aku abang, abah mak. 

Akhir zaman ni diuji dengan Dajjal. Akhir zaman ni mampukah dengan iman senipis ni berjaya & tak tertipu dengan fitnah Dajjal. Lapar sikit panas sikit pun dah menggelupur ya Allah. Aku takut ya allah. Dengan makanan zikir sahaja zaman tu boleh kenyang bagi yang kuat iman. Sekarang ni adakah kita dah lazimi zikir. Tu pun kalau ingat. Kahfi jangan tinggal. Baca or hafal sekerap mana boleh. Ayat 1- 10 & 101- 110.  Take note.